Tuesday, May 21, 2013
Dalang Pencerobohan #LahadDatu - 3 Pemimpin Pembangkang Akan Diheret Ke Mahkamah!!
Posted by
RR
at
12:50 PM
Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kesemua dokumen dan maklumat tersebut sedang diteliti bagi memperkukuhkan hujah apabila tiga pemimpin itu didakwa mahkamah nanti.
"Ketika saya menjadi Menteri Pertahanan, saya ada dedahkan terdapat beberapa individu terlibat membantu kumpulan pengganas menceroboh Lahad Datu dan mereka pernah mengadakan pertemuan dengan kumpulan pengganas Kiram.
"Semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai perkara itu telah kita peroleh dan sedang diteliti dari segi undang-undang untuk memperkuatkan hujah di mahkamah nanti," katanya dalam sidang akhbar sempena lawatan kerja kali pertama sebagai Menteri Dalam Negeri di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.
Yang turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan timbalannya, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin serta pegawai-pegawai tinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Beliau mengulas kenyataan bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee, semalam mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.
Sebelum ini, Ahmad Zahid pernah memaklumkan tiga pemimpin pembangkang terdiri daripada dua orang daripada Semenanjung dan seorang lagi dari Sabah dijangka diheret ke mahkamah tidak lama lagi kerana dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu.
Menurut beliau, pihaknya mempunyai maklumat terkumpul penglibatan pemimpin-pemimpin itu, namun bukti-bukti kukuh dari segi perundangan sedang diusahakan bagi membolehkan mereka dibawa ke muka pengadilan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, pihak PDRM dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengadakan mesyuarat dengan Peguam Negara untuk berbincang tindakan lanjut yang akan diambil terhadap ketiga-tiga pemimpin berkenaan.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan mereka kerana tidak mahu berlaku prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.
"Saya serahkan sepenuhnya kepada pihak profesional khususnya Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu berkenaan," katanya. -UM
Subscribe to:
Posts (Atom)
PELURU POP!
-
1. Siapakah Yang Menceroboh? Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ ( The Royal Sulu Sultan...
-
mungkin ramai tertanya-tanya kenapa anuwar kerap sekali ke indonesia... satu persoalan yang mungkin wan azizah sendiri tidak mampu menjawa...
-
Alhamdulillah... blog 1PELURU telah mencecah 1 juta hits/pageviews hari ini selepas aktif berblogging tidak sampai 1 tahun. Gua mula memb...
-
teknologi rakaman perbualan telefon (wiretapping) telah bermula sejak 1890an , kira-kira 20 tahun selepas alexander graham bell mencipta te...
-
gila budak2 zaman skang... asalkan ada maruah diri??? MARUAH DIRI WAK LUUUU!! petikan dari komen: aku malu anak bangsaku jadi begini mar...
-
gua ucapkan tahniah & bravo kepada group hacker terkenal GaySec yang telah berjaya membongkar identiti individu yang disyaki betina l...
-
Kerajaan Malaysia telah sedaya-upaya cuba untuk menyelesaikan isu pencerobohan Tentera Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Sabah secara toleran...
-
gua lahir di sebuah perkampungan sawah padi di pasir mas. tak sampai 10 km dari kampung gua ada sebuah tokong budha gergasi sedang berbaring...
-
kenapa ada yang sanggup melakukan penghinaan seperti ini kepada agama islam sedangkan umat islam di malaysia cuba hidup dengan penuh hormat ...
-
KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan akan terus mengabadikan nama tokoh dalam bidang tertentu di negeri ini, untuk dijadikan contoh atau ikon k...
PELURU POP!
-
Pihak berkuasa sudah memperoleh semua dokumen dan maklumat terperinci mengenai penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mend...
-
teknologi rakaman perbualan telefon (wiretapping) telah bermula sejak 1890an , kira-kira 20 tahun selepas alexander graham bell mencipta te...
-
Perang dah tamat... kabinet baru sudah dilantik. Tinggalkan Anwar terus meroyan dengan segala kegilaannya. Sekarang masa paling tepat u...
-
mungkin ramai tertanya-tanya kenapa anuwar kerap sekali ke indonesia... satu persoalan yang mungkin wan azizah sendiri tidak mampu menjawa...
-
PERISTIWA berdarah di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling, Kedah pada 19 November 1985 meragut 18 nyawa termasuk, 4 orang anggota PDRM....
-
Ini pendedahan yg dibuat oleh ahli (pemimpin) PAS sendiri. Pada asalnya gua sendiri hormati PAS, sebagai pembangkang yg baik (dari sudut aga...
-
gila budak2 zaman skang... asalkan ada maruah diri??? MARUAH DIRI WAK LUUUU!! petikan dari komen: aku malu anak bangsaku jadi begini mar...
-
Si bahalol - Mahfuz Omar masih lagi tidak berpuas hati dengan penerangan Datuk Ahmad Maslan yang mana anak syarikat FELDA, FISB tidak pern...
-
Hummer hitam adalah rasuah oleh usahawan Micheal Chia yang sedang dalam siasatan SPRM kepada DS Nazri Aziz (Menteri SPRM)? Beran...
-
1. Siapakah Yang Menceroboh? Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ ( The Royal Sulu Sultan...
PELURU SESAT!!
HIMPUNAN KATA-KATA MENGARUT NIK AZIZ
ALAMAKKK!! WARDINA SAFIYYAH NAK SAMAN BLOGGER PRO-BN??
ANALISIS BAHALOL VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM
FELDA - ISRAEL: MAHFUZ OMAR BODOH SUBJEK GEOGRAFI!
SAFWAN ANANG BUAT LAPORAN POLIS BLOG 1PELURU
ANWAR DALANG PHONESEX MAT SABU & NORMAH??
RAYU ISRAEL WGC2012 - SAIFUDDIN NASUTION KANTOI MENIPU!!
ALAMAKKK!! WARDINA SAFIYYAH NAK SAMAN BLOGGER PRO-BN??
ANALISIS BAHALOL VIDEO SEKS ANWAR IBRAHIM
FELDA - ISRAEL: MAHFUZ OMAR BODOH SUBJEK GEOGRAFI!
SAFWAN ANANG BUAT LAPORAN POLIS BLOG 1PELURU
ANWAR DALANG PHONESEX MAT SABU & NORMAH??
RAYU ISRAEL WGC2012 - SAIFUDDIN NASUTION KANTOI MENIPU!!
RSS Feed
Twitter

















