.

ASALKAN DIBAYAR, ZARINA ANJOULIE RELA BERBOGEL DALAM 'PLAYBOY'??


Tidak habis-habis aktres muda ini dihambat kontroversi sehingga ada yang sudah jelik dengan cerita-cerita panas yang dicetuskan dirinya sejak awal menceburkan diri dalam dunia seni. Sehinggakan ada yang beranggapan Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul atau lebih mesra disapa Anju ini tidak layak untuk berada di dalam industri lantaran tiada apa pencapaiannya yang boleh dibanggakan.

Beberapa minggu lalu, sekali lagi nama Anju menjadi perhatian ramai gara-gara gambar seksi dan mengghairahkan miliknya tersebar luas di alam maya yang dipetik daripada majalah FHM versi Indonesia. Mana tidaknya. Foto-foto tersebut menjadi kecaman dan kutukan ramai pihak apabila ia memperlihatkan sebahagian besar payu daranya.

Dengan tindakan beraninya itu yang menambahkan lagi koleksi cerita kontroversi, secara automatik Anju telah dilabelkan sebagai ratu kontroversi. Namun, bagi anak jati Kuala Lumpur itu, dia tidak kisah dengan apa yang diperkatakan tentang dirinya kerana sudah menjadi resmi masyarakat yang pasti akan terus memandang serong kepadanya waima apa keadaan sekali pun. Malah, dengan penuh tegas juga Anju memberitahu, dia sama sekali tidak menyesal dan tidak akan meminta maaf kepada mana-mana pihak.

"Kalau saya tak buat, orang tetap akan kata, saya buat juga. Jadi, lebih baik saya buat walaupun bukan saya yang mencipta kontroversi itu. Pernah saya meminta maaf sebelum ini tetapi orang tetap menuding jari kepada saya.

"Sebelum ini pun, ada juga kontroversi yang berlaku yang tiada kena-mengena dengan saya tetapi saya tetap dipersalahkan dan dikaitkan.

"Bukan itu sahaja, kalau saya duduk diam-diam di rumah, tetap ada juga cerita yang kurang enak dan tidak betul tentang diri saya yang keluar.

"Jadi, dalam konteks cerita terbaru yang dijaja ramai pihak ini, saya tidak kisah dengan apa yang orang mahu katakan terhadap saya. Malah, saya juga menafikan sengaja mencari publisiti murahan kerana itu bukan strategi saya," jelas Anju ketika ditemui pada sidang akhbar pelancaran filem terbarunya, Khon Malay di ibu negara, baru-baru ini.

Mengenai jolokan ratu kontroversi yang diberikan kepadanya, Anju sedikit pun tidak kisah tentangnya kerana sebelum ini pun katanya, dia sudah dilabelkan dengan pelbagai hinaan dan cacian. Sehinggakan dia sendiri sudah lali dengannya dan tidak mengambil peduli tentang apa yang mahu diperkatakan oleh masyarakat tentang dirinya.

Namun, satu yang pasti tegas Anju, dia tidak kisah dihina mahupun dicaci tetapi dia cukup pantang apabila nama ibu dan bapanya turut dikaitkan sekali.

"Cakaplah apa sahaja tentang diri saya. Memang saya tidak kisah tetapi jangan sampai melibatkan ibu dan ayah saya. Ini sebenarnya penyakit masyarakat kita yang suka mencaci orang sewenang-wenangnya walhal diri mereka juga tidak sempurna.

"Saya sendiri pelik mengapa orang luar mahu bising-bising dan membuat kecoh apabila membabitkan diri saya.

"Sedangkan kalau diperhatikan, ada juga artis wanita yang seksinya tidak kurang daripada saya tetapi tidak pula menjadi mangsa cemuhan dan kritikan. Bukankah itu sesuatu yang tidak adil?

"Saya lebih selesa menjadi diri saya sendiri dan sama sekali tidak akan menjadi orang lain hanya kerana mahu memuaskan hati semua pihak.

"Saya tahu ada artis yang boleh buat begitu tetapi tidak saya. Maaf, saya bukan orang hipokrit," jelas anak kelima daripada lapan beradik ini memberikan hujahnya.

DIBAYAR:

Begitu juga dengan sesi fotografi dengan FHM apabila Anju mendedahkan dia telah menolak tawaran majalah tersebut sebanyak dua kali. Alasannya, Anju tidak mahu bergaya seksi seperti mana yang dimahukan oleh pihak majalah tersebut.

Lalu, apabila gambar-gambar seksinya dalam majalah tersebut sudah tersebar, apakah sebenarnya yang ingin cuba dibuktikan oleh Anju?

"Saya dibayar untuk bergambar di majalah itu dengan bayaran yang boleh saya katakan sangat memuaskan. Jadi, saya menerima tawaran itu.

"Namun, sewaktu menjalani fotografi dengan mereka di Jakarta, Indonesia dua bulan lalu, berat badan saya naik mendadak.

"Secara tidak langsung, ia menjadikan tubuh dan payu dara saya berubah bentuk. Ditambah pula dengan pakaian yang mereka sediakan, semuanya ketat.

"Hasilnya, gambar-gambar itu nampak sangat seksi dan itu pun saya sudah berusaha untuk menutup bahagian-bahagian tertentu. Dalam beratus-ratus gambar yang diambil, gambar-gambar itu yang menjadi pilihan mereka.

"Bagi saya, tiada apa yang hendak dikecohkan tentang gambar-gambar itu. Bagi saya, ia hanyalah seksi sahaja bukannya sampai saya bogel pun.

"Orang lain yang mencetuskan kontroversi itu, bukannya saya yang memuat naik gambar itu di internet," jelas Anju panjang lebar sambil enggan mendedahkan bayaran yang diterimanya untuk sesi fotografi itu.

Alasan Apabila Anju memberitahu dia dibayar untuk beraksi berani dan panas sedemikian di hadapan kamera, tidak hairanlah seandainya dia sanggup bergambar bogel selepas ini jika ada tawaran yang mahukan dirinya berbuat begitu seperti majalah Playboy misalnya?

Sambil menghela nafas, kata Anju, dia tidak pernah memikirkan sampai ke tahap mahu menelanjangkan dirinya di hadapan kamera. Malah, dia tidak mahu ada pihak yang salah faham dan menganggap dirinya sengaja mahu menjual tubuh apabila mengatakan sesi fotografi tersebut dibayar.

Seperti mana yang dikatakannya, alasan dia menerima tawaran FHM adalah kerana mereka memberitahu, hasilnya tidak keterlaluan. "Saya sendiri pelik dengan masyarakat kita ini yang suka mencari salah orang lain. Apa yang dilakukan oleh artis, ada sahaja yang tidak kena di mata mereka.

"Apabila ada yang cuba seksi sikit, mulalah mereka hendak melenting dan mengecam tidak tentu pasal. Bukan itu sahaja, apabila ada artis bertudung dan memakai hijab seperti penyanyi Waheeda, dituduh pula sengaja mahu mencari publisiti murah.

"Lantaklah apa yang orang nak kata. Kehidupan saya biarlah saya kemudinya sendiri. Saya tidak mampu menutup mulut orang. Saya selesa dengan cara saya begini," kata Anju yang mula dikenali menerusi drama rantaian Anak Pontianak pada tahun 2007 ini lagi.

Tidak hanya dengan kontroversi itu, Anju juga dikatakan melancarkan perang dingin di Twitter bersama aktor dan pengacara kacak, Awal Ashaari.

Ketika diminta mengulas tentang insiden itu, Anju hanya menjawab: "Maaf, saya tidak mahu lagi komen tentang isu itu. Anggap sahaja semuanya sudah selesai. Saya dan Awal juga sudah berbincang. Kami tidak mahu memanjangkan cerita tersebut." -hitsUM

via blackberry

4 das tembakan!:

Anonymous said...

Ade aku kesah.

Anonymous said...

Aku nak tunggu gambar bogel dia dalam Playboy nanti. Mesti dia tak kisah punya sebab prinsip dia `Body aku Hak aku'. Harap lepas ni sume bloggers jgn larang dia. Dah keturunan dia macam tu..nak wat camamne...

Putih Maya said...

mohon pautkan link terima kasih tuan!

Anonymous said...

ok lah tu...lantaklah dia nak bogel ke apa...ada ke dia kacau korang?