.

RAYU ISRAEL UNTUK JADI TUAN RUMAH WGC2012?? SAIFUDDIN KANTOI MENIPU!! @SaifNasution




Balaci-balaci Pakatan Rakyat dikerah untuk bermati-matian memutarbelitkan fakta dan merekayasa cerita supaya kaitan 'Imam Mahdi' mereka - Anwar Ibrahim yang tersasul menyatakan sokongan terbuka kepada Israel dalam majalah WSJ dilupakan dengan mengaitkan kepimpinan BN/Malaysia dengan Israel.

Satu teknik propaganda yang dinamakan TRANSFER -iaitu mengalihkan kesalahan sendiri kepada pihak lawan. Dan cara terbaik adalah dengan melakukan BLACK PROPAGANDA - mereka-reka cerita dengan sumber yang tidak jelas.

Sepertimana Mahfuz Omar yang telah kantoi & terserlah kebodohannya bila cuba mengaitkan Felda dengan Israel -BACA SINI (KLIK!), kini tiba giliran SU Agung PKR- Saifuddin Nasution menceritakan dongeng tanpa happy-ending bila kenyataannya mengaitkan Persatuan Gas Malaysia (MGA) dengan Israel terkantoi juga!

Surat yang dikatakan merayu Israel dalam usaha melobi Malaysia menjadi tuan rumah World Gas Conference (WGC) mudah saja dimanipulasikan menggunakan perisian photoshop... bukan bukti yang kukuh untuk membuat tuduhan. Apatah lagi dalam surat tersebut menyatakan delegasi Israel akan diusahakan untuk diberi kebenaran menjejak bumi Malaysia walaupun kedua negara tidak mempunyai hubungan diplomatik.

WGC diadakan 3 kali setahun di mana pada tahun 2006, Belanda menjadi tuan rumah, pada tahun 2009 pula Argentina menjadi tuan rumah. Untuk persidangan kali ke-25 pada tahun 2012 - tiba giliran Malaysia menjadi tuan rumah.

Malaysia telah berjaya menjadi tuan rumah WGC2012, jika surat di atas benar sudah pasti akan ada deligasi dari Israel menyertai persidangan itu pada bulan Jun nanti. MGA sudah menyiapkan senarai deligasi... adakah terdapat wakil dari Israel???

Senarai deligasi yang menyertai WGC2009 di Buenos Aires, Argentina... Terpampang nama salah seorang wakil Israel yang menjadi peserta deligasi.



Cuba perhatikan satu-persatu deligasi yang akan menyertai WGC2012 di Kuala Lumpur, ada tak terselit nama wakil dari Israel?? Jawapannya - TIADA!! Tapi untuk kepastian silakan teliti sendiri senarai deligasi tersebut... Terutamanya kepada Pudin - sila perhatikan betul2 supaya senang nak spin lagi lepas ni!

Sekiranya tuduhan Saifuddin benar, sekiranya surat tersebut juga bukan palsu, sudah pasti akan tertera nama wakil deligasi dari Israel yang akan menjadi salah seorang peserta di persidangan WGC tahun ini.

Nice try Pudin... Cuba dan berusahalah dengan lebih keras untuk menambah koleksi spin meracun pemikiran penyokong2 Pakatan Rakyat yang sememangnya bangang semenjak azali!

Jom, kita imbas kembali berbuih mulut Saipudin mengelentong penyokong2nya:-



Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendakwa Malaysia pernah mendapatkan bantuan Israel melobi untuk mendapatkan hak menganjurkan Persidangan Gas Sedunia (WGC) 2005.

Setiausaha Agung PKR Dato’ Saifuddin Nasution Ismail berkata, semasa tahun 2005, Malaysia telah merayu bantuan Israel supaya menyokong cadangan Malaysia menjadi tuan rumah.

Malah, dakwanya Malaysia turut menawarkan secara tidak langsung untuk menguruskan penginapan dan pendaftaran wakil-wakil Israel ke Persidangan Pertubuhan Gas Antarabangsa (IGU) di Tianjin, China.
“Pendekatan merayu bantuan Israel ini mendapat restu dan atas nasihat Wisma Putra.

“Penganjurannya pula dikendalikan oleh Persatuan Gas Malaysia yang diwakili oleh Petronas dan dinasihati oleh Perdana Menteri (ketika itu) Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Malaysia akan menjadi tuan rumah WGC yang akan berlangsung di sini bermula 4 hingga 8 Jun depan, satu persidangan terbesar yang akan mengumpulkan syarikat-syarikat minyak dan gas dari seluruh dunia.
Penganjuran IGU dipilih melalui undi oleh anggota IGU yang antaranya disertai Rusia, Brunei, Indonesia, selain Malaysia dan Israel.

Ahli Parlimen Machang itu mendakwa, pihaknya mempunyai bukti Tun Mahathir dan Wisma Putra sedia maklum mengenainya tetapi mereka hanya merestui sahaja pendekatan ini.

Beliau turut mengemukakan bukti surat yang pernah ditulis oleh Presiden Persatuan Gas Malaysia kepada Pengurus Besar Institut Petroleum dan Tenaga Israel Shmuel Klempner bertarikh 6 September 2005.

“Sikap Umno dan pimpinan mereka yang menentukan dasar Wisma Putra adalah bertentangan dengan keinginan rakyat Malaysia yang tidak mahu ada sebarang hubungan diplomatik sama ada secara langsung atau tidak langsung dengan Israel. -FMC


ini yang cuba mereka tutup...


.

6 das tembakan!:

Anonymous said...

Terbaekkk...!!! Teruskan lagi penipuanmu Pudin Jerawat batu..... kalau suruh mintak bukti macam yang blogger 1peluru siarkan, sampai mampus pun mereka takkan dapat tunjukkan....

Anonymous said...

adoi malu lagi pudin tu...nanti aku paste link ni banyak2 dekat pakatan2 haram punya blog

tq bro! (whoever you are...)

=)

Hello,
Anda boleh menukar pautan blog saya?
http://alisharesidence.blogspot.com/ Saya harap anda boleh menghubungkan dan saya akan melakukan perkara yang sama,
Berterima kasih banyak

Alisha

Anonymous said...

dia ni bodo tahap budu cicah

Anonymous said...

Naper cerdik sangat ...jika ada kebaikan dan kemanfaatan utk rakyat dan negara Malaysia..sokong aja lah..membatuapikan 1 sama lain ..mcm cetek sangat minda bloger kita.Dimana hadis2 Nabi yg terirat maksud tuntutlah ilmu smpi ke negeri cina tak diaplikasikan..Politik Melayu bangang sangat ker.