.

#SaveGaza!! Sertai DS @HishammuddinH2O & @KhairyKJ Mengutuk Kekejaman Israelaknatullah Esok!! #1KDN4Peace


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien memberikan sokongan penuh kepada  Tabung Kecemasan Gaza yang dilancarkan oleh mantan PM yang disayangi, Tun M melalui Perdana Global Peace Foundation (PGPF) kelmarin.

Lebih dari 1.1 juta ahli Skuad Keamanan 1KDN) telah dikerah untuk menyampaikan mesej keamanan disamping mengiatkan kutipan derma untuk tabung tersebut. Sertai majlis pelancaran GELOMBANG KEAMANAN 1KDN di ibu pejabat KDN, Putrajaya pada jam 8.30 pagi esok!


Pemuda BN bersama Aman Malaysia akan turut sama mengadakan program serupa pada jam 5.30 petang di PWTC esok. Datanglah beramai-ramai memberikan sokongan & sumbangan sekadar termampu.


Misi ini adalah untuk membantu penderitaan penduduk Gaza, bukan untuk sebarang kepentingan politik!

0 das tembakan!: