.

Gambar PM @NajibRazak Disalib... Jihad PAS Hasil #AmanatHjHadi??


INI mungkin hasil tarbiyah jangan meletakkan 'politik suku, agama suku' oleh pemimpin2 PAS. Menyuntik doktrin kebencian sehingga sanggup melakukan apa saja demi kemenangan agama mereka - AGAMA PAS! 

Banyak hal yang menampakkan PAS tersasar dari haluan asal perjuangan bila kini mereka meletakkan POLITIK DI ATAS AGAMA, bukan agama di atas politik.

PAS yang sering mendabik perjuangan mereka lebih suci dari yang lainnya, selayak mentaliti khawarij yang merasakan diri lebih zuhud & sempurna dari kultus lainnya. Perjuangan agama yang dibawa oleh PAS sebenarnya lebih bahaya dengan perjuangan BANGSA.

Bayangkan suatu hari atas nama keadilan/kesaksamaan agama2 lain juga merasakan mereka perlu ada parti untuk memperjuangkan agama mereka. Maka akan wujud 'Parti Kristian SeMalaysia', 'Parti Buddha SeMalaysia', 'Parti Hindu SeMalaysia', termasuk mungkin parti untuk golongan Atheist yang menolak definisi agama. APA AKAN JADI DENGAN MALAYSIA??

Arus teknologi menjadikan bahan propaganda politik semakin zalim & keji sehingga melangkaui batas kewarasan... tapi PAS menghalalkan setiap dosa-dosanya! -RR


0 das tembakan!: