.

Analisis: Pencerobohan Lanun Sulu Di #LahadDatu



1. Siapakah Yang Menceroboh?

Kumpulan penceroboh yang dikenali sebagai ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ (The Royal Sulu Sultanate Army)1 datang dari Selatan Filipina dan dianggarkan terdiri daripada kira-kira 200-400 orang, dengan 20-100 orang daripada mereka bersenjata2

Kumpulan ini diketuai oleh ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram, adik kepada ‘mantan sultan’ Jamalul Kiram III dan ‘sultan’ Ismael Kiram II.3 4 Jamalul Kiram III pernah bertanding untuk jawatan senator dalam pilihanraya Filipina.

tenterasultan

2. Adakah Kumpulan Penceroboh Ini Mewakili Kesultanan Sulu?

Tidak.

Ini kerana kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986. Kini terdapat dua pihak utama yang mengaku sebagai Sultan Sulu:

Pertama, Muedzul Lail Tan Kiram, anak kepada Sultan Sulu terakhir yang diiktiraf kerajaan Filipina, Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram. Beliau dilantik sebagai Raja Muda pada hari penabalan bapa beliau sebagai sultan.

Kedua, Ismael Kiram II, abang kepada ketua penceroboh, ‘Raja Muda’ Agbimuddin Kiram.

mahakuttah
Majlis penabalan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai Sultan Sulu pada 1974. Kelihatan sedang berjalan ialah anak beliau, Muedzul Lail Tan Kiram, yang ditabalkan sebagai Raja Muda. Kumpulan penceroboh ialah pengikut Ismael Kiram II, yang tidak pernah ditabalkan sebagai Sultan Sulu yang diiktiraf oleh kerajaan Filipina.

3. Apakah Tujuan Kumpulan Penceroboh?

‘Mantan sultan’ Jamalul Kiram III menyatakan bahawa kumpulan ini ingin menjadikan Sabah sebagai ‘rumah’ mereka:
“Mengapa kami harus meninggalkan rumah kami sendiri? Hakikatnya mereka (rakyat Malaysia) membayar sewa (kepada kami). Pengikut kami akan tinggal di Lahad Datu, Sabah. Tiada siapa akan dihantar pulang ke Filipina. Sabah ialah rumah kami”.2

4. Adakah Filipina Pernah Membuat Tuntutan Terhadap Sabah?

Ya.

Filipina membuat tuntutan terhadap Sabah kerana menganggap Kesultanan Sulu, yang pernah berpusat di Filipina, memiliki hak ke atas Sabah.
Setiausaha Kehakiman, Kementerian Luar dan Pejabat Presiden Filipina kini telah diarahkan untuk melakukan kajian mengenai tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah.5

5. Adakah Malaysia Boleh Membuat Tuntutan Terhadap Wilayah Milik Filipina Sekiranya Kesultanan Sulu Menjadikan Sabah Sebagai Pusat Pentadbiran?

Sabah tidak pernah menjadi pusat Kesultanan Sulu.

Malah, Sabah dianggap kurang penting oleh Kesultanan Sulu sehinggakan ia diserah kepada British North Borneo Company pada 22 Januari 1878.
Pusat Kesultanan Sulu terletak di Maimbung, Jolo.
maimbung
Istana Sultan di pusat pentadbirannya di Maimbung, Jolo. ‘Kesultanan Sulu’ tidak memiliki apa-apa kuasa politik di Jolo tetapi mahu menuntut kuasa politik di Sabah.

6. Adakah Pihak Di Malaysia Yang Menyokong Tuntutan Kesultanan Sulu Ke Atas Sabah?

Wakil The Manila Times di Mindanao, Al Jacinto, melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketua Pakatan Rakyat, mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.6


manila
The Manila Times melaporkan bahawa pencerobohan ‘Tentera DiRaja Kesultanan Sulu’ berlaku ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar Sabah diberikan kuasa autonomi.

ABS-CBN News melaporkan bahawa kumpulan penceroboh tersebut telah dijemput oleh seorang ahli politik pembangkang:
A Philippine military officer interviewed by Reuters also said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu – an island group off the southern Philippines – who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.7
(Seorang pegawai tentera Filipina yang ditemuramah Reuters juga berkata bahawa kumpulan tersebut merupakan pengikut kepada waris Sultan Sulu – sebuah kepulauan di selatan Filipina – yang diundang ke Sabah oleh seorang ahli politik pembangkang Malaysia untuk membincangkan isu tanah.)
abs
ABS-CBN News melaporkan seorang pegawai tentera Filipina memberitahu Reuters bahawa kumpulan penceroboh telah diundang seorang ahli politik pembangkang.

The Star melaporkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika ditanya samada laporan yang mengatakan bahawa pihak pembangkang menjemput kumpulan penceroboh tersebut ke Sabah adalah benar, menjawab:
Who is the one who gave it?8
(Siapa yang beri?)

7. Benarkah Malaysia Membayar Sewa Kepada Filipina Untuk Sabah?

Tidak.

Malaysia membayar ‘cession money‘ sebanyak USD5,000 setiap tahun kepada waris Sultan Sulu.
Cession money‘ ialah bayaran penyerahan, dan bukan bayaran sewa. Selain Sabah, terdapat wilayah-wilayah lain di dunia yang diserahkan (ceded) dengan bayaran, contohnya:

1. Louisiana, diserah oleh Perancis kepada Amerika Syarikat dengan bayaran berjumlah USD15 juta, atau kurang USD0.03 seekar.

2. Alaska, diserah oleh Russia kepada Amerika Syarikat dengan bayaran USD7.2 juta, atau USD0.02 seekar.


cession

8. Apakah Wilayah Yang Menjadi Hak Kesultanan Sulu?

Royal House of Sulu9, laman web rasmi Muedzul Lail Tan Kiram, mendakwa bahawa wilayah-wilayah yang menjadi hak Kesultanan Sulu termasuklah Jolo, Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina, selain Sabah dan Pulau Balambangan di Malaysia. Kepulauan Spratly juga didakwa di bawah hak Kesultanan Sulu.

Jolo, Basilan dan Tawi-Tawi sekarang berada di dalam wilayah pentadbiran Filipina yang dinamakan ARMM (Autonomous Region in Muslim Mindanao – Wilayah Autonomi Muslim Mindanao). ARMM dicadang untuk digantikan dengan wilayah autonomi baru yang dikenali sebagai Bangsamoro.

9. Adakah Filipina Mengiktiraf Kesultanan Sulu?

Tidak.

Kali terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Sultan Sulu ialah pada 24 Mei 1974 apabila Presiden Filipina ketika itu, Ferdinand Marcos, mengeluarkanMemorandum Order No. 427 yang menabalkan Mohd. Mahakuttah A. Kiram sebagai sultan.

Sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram, kerajaan Filipina tidak pernah lagi mengiktiraf mana-mana individu sebagai Sultan Sulu.

427
Memorandum Order No. 427 ialah bukti terakhir kerajaan Filipina mengiktiraf Kesultanan Sulu. Tiada sebarang memorandum dikeluarkan untuk mana-mana individu yang mengaku ‘sultan’ selepas itu. Filipina tidak mengiktiraf Kesultanan Sulu tetapi pernah menuntut wilayah yang kononnya masih menjadi hak Kesultanan Sulu.

10. Adakah Ini Bermakna Filipina Memanipulasi Kesultanan Sulu Untuk Menuntut Sabah?

Filipina dilaporkan pernah memulakan ‘Operation Merdeka‘ pada 1967, satu operasi ketenteraan untuk melatih pasukan komando daripada etnik Tausug dan Sama yang beragama Islam bagi menimbulkan ketidakstabilan dan kacau-bilau di Sabah.

Namun, sebaik sahaja mengetahui matlamat sebenar operasi ini ialah untuk memerangi kerajaan yang dipimpin oleh orang Islam, pelatih-pelatih etnik Tausug dan Sama ini telah menuntut agar dihantar pulang. Walau bagaimanapun, Pasukan Bersenjata Filipina (AFP – Armed Forces of the Philippines) dikatakan telah menembak mati para pelatih ini. Dilaporkan seramai 11-64 orang telah mati ditembak. Kejadian ini dikenali sebagaiJabidah Massacre (Pembunuhan Jabidah) atau Corregidor Massacre(Pembunuhan Corregidor).

William Larousse10, Michael Leifer11, Andrew T. H. Tan12 dan Alfred W. McCoy13 adalah antara para penulis yang telah melaporkan kejadian ini.

11. Apakah Peluang Filipina Untuk Menuntut Sabah Sekiranya Kes Ini Dibawa Ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ)?

Tipis.

Pertama, kerana waris Sultan Sulu telah menerima ‘cession money‘ sehingga ke hari ini. Ini bermakna waris Sultan Sulu mengakui bahawa Sabah telah diserah (ceded), dan bukannya dipajak (leased), kepada British North Borneo Company.

Kedua, kerana Kerajaan Filipina telah berhenti mengiktiraf Sultan Sulu sejak kemangkatan Sultan Mohd. Mahakuttah A. Kiram pada tahun 1986.

Geran pajakan yang dijadikan sumber konflik telah ditandatangani oleh Sultan Sulu, Sultan Jamalul A’lam dengan Gustavus Baron de Overbeck serta Alfred Dent, yang mewakili British North Borneo Company, pada 22 Januari 1878.

Ketiga, geran pajakan yang ditandatangani antara British North Borneo Company dan Kesultanan Sulu itu telah diatasi oleh Protokol Madrid 1885.

Sepanyol, yang menguasai wilayah-wilayah Kesultanan Sulu ketika itu, telah menandatangani perjanjian dengan Jerman dan Great Britain pada 7 Mac 1885 untuk melepaskan segala tuntutan terhadap kedaulatan Sabah:
Article 3
The Spanish Government relinquishes as far as regards the British Government, all claim of sovereignty over the territories of the continent of Borneo which belong, or which have belonged in the past, to the Sultan of Sulu (Jolo), including therein the neighboring islands of Balambangan, Banguey and Malawali, as well as all those islands lying within a zone of three marine leagues along the coasts and which form part of the territories administered by the Company styled the ‘British North Borneo Company’.
(Kerajaan Sepanyol melepaskan kepada Kerajaan British, semua tuntutan kedaulatan ke atas wilayah-wilayah benua Borneo yang dimiliki, atau yang telah dimiliki pada masa lampau, oleh Sultan Sulu (Jolo), termasuk pulau-pulau Balambangan, Banguey dan Malawali yang berhampiran, dan semua pulau-pulau yang berada di dalam zon tiga liga marin di sepanjang pesisir pantai dan membentuk sebahagian wilayah yang ditadbir oleh Syarikat yang digelar ‘British North Borneo Company‘.)14
Keempat, Kesultanan Sulu dianggap telah tamat sebaik sahaja Sultan Jamalul Kiram II menandatangani Perjanjian Carpenter pada 22 Mac 1915, yang menyerahkan segala kuasa politik beliau kepada Amerika Syarikat.

Kelima, kerajaan Malaysia telah mengambil tanggungjawab untuk membangunkan prasarana bagi kemudahan para penduduk Sabah sejak 1963 tanpa bantahan Kesultanan Sulu mahupun kerajaan Filipina. Ini membuktikan pemilikan dan pentadbiran yang aman secara berterusan oleh kerajaan Malaysia ke atas Sabah. Mengikut dasar effectivites yang diambil kira oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ – International Court of Justice), Malaysia boleh dianugerahkan hak ke atas Sabah, sepertimana yang pernah diberikan kepada kerajaan Malaysia dalam kes Ligitan-Sipadan.

Keenam, laporan Suruhanjaya Cobbold yang dikeluarkan pada 1 Ogos 1962 mendapati bahawa 1/3 penduduk Sabah dan Sarawak menyokong kuat pembentukan Malaysia, 1/3 lagi menyokong projek Malaysia dengan syarat hak mereka dilindungi, manakala kumpulan 1/3 yang terakhir terbahagi antara mereka yang mahukan kemerdekaan dan mereka yang mahukan pentadbiran British diteruskan.

Ketujuh, Setiausaha Agung PBB, U Thant, telah melaporkan pada 1963 bahawa penduduk Sabah “ingin menamatkan status kebergantungan mereka dan merealisasikan kemerdekaan mereka melalui penyekutuan yang dipilih secara bebas dengan bangsa lain dalam rantau mereka” (“wish to bring their dependent status to an end and to realize their independence through freely chosen association with other peoples in their region”).15

Kelapan, jika Kesultanan Sulu mendakwa bahawa Sabah adalah milik mereka, maka adalah konsisten bagi Kesultanan Sulu untuk tidak sahaja membuat tuntutan terhadap Sabah semata-mata, malah juga menuntut dan menguasai pusat pentadbiran mereka sendiri di Jolo, selain wilayah Palawan, Semenanjung Zamboanga, Basilan dan Tawi-Tawi di Filipina yang juga mereka dakwa merupakan milik mereka.

Walau bagaimanapun, Kesultanan Sulu tidak memiliki apa-apa kuasa politik terhadap wilayah-wilayah yang terletak di Filipina ini.

RUJUKAN:
1. “Sulu sultan’s army stakes Sabah claim,” philstar.com, 16 Februari, 2013,http://www.philstar.com/headlines/2013/02/16/909400/sulu-sultans-army-stakes-sabah-claim
2. “Pengikut Sultan Sulu Tidak Akan Tinggalkan Lahad Datu,” mStar Online, 18 Februari, 2013, http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2013/2/18/mstar_berita/20130218160807&sec=mstar_berita
3. “Salasilah Hubungan Kesultanan Brunei-Suluk,” SMJ-Site,http://www.freewebs.com/julabbi_cairo12/familytree.htm
4. “The true Sultan of Sulu,” http://www.fakesulusultans.com/
5. “Gov’t to assess Sabah claim,” BusinessWorld Online, 21 Februari, 2013,http://www.bworldonline.com/content.php?section=Nation&title=Gov%E2%80%99t-to-assess-Sabah-claim&id=66237
6. “Our Sultan of Sulu and Sabah,” The Manila Times Online, 16 Februari, 2013, http://www.manilatimes.net/index.php/opinion/editorials/41591-our-sultan-of-sulu-and-sabah
7. “‘Royal Sulu Army’ in Malaysia stand-off,” ABS-CBNnews.com, 15 Februari, 2013, http://www.abs-cbnnews.com/nation/02/14/13/royal-sulu-army-malaysia-stand
8. “We did not invite Sulu gunmen, says Anwar,” The Star Online, 22 Februari, 2013, http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2013/2/22/nation/12745258&sec=nation
9. “Sultan of Sulu,” Sultaniyyah Sin Lupah Sughttp://www.royalsultanateofsulu.org/#!sultan-of-sulu
10. William Larousse, A Local Church Living For Dialogue: Muslim-Christian Relations in Mindanao-Sulu (Philippines), Editrice Pontificia Universita Gregoriana, 2001.
11. Michael Leifer, Michael Leifer: selected works on Southeast Asia, Institute of Southeast Asian Studies, 2005.
12. Andrew T. H. Tan, A Handbook of Terrorism and Insurgency in Southeast Asia, Edward Elgar Publishing Limited, 2007.
13. Alfred W. McCoy, Policing America’s Empire: The United States, The Philippines, and the Rise of the Surveillance State, The University of Wisconsin Press, 2009.
14. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”International Court of Justice, 17 Disember, 2002, http://www.icj-cij.org/docket/files/102/7714.pdf
15. “Case Concerning Sovereignty Over Pulau Ligitan And Pulau Sipadan,”World Court Digest, 23 Oktober, 2001,http://www.mpil.de/ww/en/pub/research/details/publications/institute/wcd.cfm?fuseaction_wcd=aktdat&aktdat=201010200400.cfm

[SUMBER]

34 das tembakan!:

zopinion said...

Artikel yg hebat dan penuh dgn informasi..

pokli said...

Superb ilmu sejarah percuma...
Mcm buku

Anonymous said...

terbaekkkkkk!!!

terbaekkkkkk!!!

terbaekkkkkk!!!

terbaekkkkkk!!!

Anonymous said...

Info yg patut didedahkan secara meluas

Anonymous said...

INFO YG PATUT DIDEDAHKAN KPD UMUM.

Anonymous said...

Pencerobohan di #LahadDatu: mari kita dengar penjelasan dari rakyat sabah sendiri...

Kwn2, allow me a moment of indulgence to clear the foul stench of stupidity amongst the malaysians. Kes kat LD is nothing new to us sabahans, in the 90s they abruptly came to the shore at Semporna and immediately bombed the police stations, and went amuck at the town.

They are smart people, some left at the sea naik dr kwsn bakau and lived 4 6 mth b4 start to mingle with locals and married them. The tausugs in LD now didn't came all at once, instead they came in batches, with inside helping frm their family at the village. Trust me they have been there at least 2 3 mth b4 the group bcomes complete, then they decide its time to wage war. Klu tak paham rules of engagement, jgnlah menunjuk pandai ckp bukan2 kata kerajaan lemau, ada hati nak banding dgn Bersih.

Polis kene masuk dulu sbb dorg trained as negotiators, tentera is the last resort as they will not spare anyone once commanded. They need time to ensure all the locals are out of the village and then cut their food and finance sources, hoping the tausugs will surrender. That is our rules of engagement. We are not barbaric stoic like the american soldiers.

Yg pandai ckp je kt media skrg ni cuba bg arahan btukar kt sbh ke swk, meraung bwk keturunan naik turun ofis merayu xnak dok sana, tp mulut mcm haram mengutuk semua yg tlibat kt LD kata klu dorg kt sana lama dah setel. Kene suntik kt spital pun pejam mata mengucap2, tgk darah pun pitam lagi nak g perang.

Those who went in and died today knew they might not come back alive, as that was their vow when inducted to the force. So please, belajar dr sejarah, nak blajar sejarah kene bnyk membaca, sbb tu org kita ramai jd mcm ni, mulut ngan otak tak sama frekuensi, bhs biadapnya bangang abadi. Fedup with their stupidity. Thank u for ur moment.

Anonymous said...

Perlukan pendedahan supaya semua faham fakta sebenar...

Anonymous said...

My moment well spent..what do you think should be done to settle this problem?..after all this years,y now?

fakifaku said...

thank you for the superb, complete, objective and concise article. well written.

Anonymous said...

US5000????
patutlaa dorg x puas ati ..
subhanallah ..
langsung xda timbang rasa ..
dulu time krisis air dgn Singapore .. Kerajaan pun seboleh-boleh minta harga air dinaikkan.
Cuba laa kerajaan pikir dari sudut pandangan penerima cession money tu .. 5000 setahun ????

Anonymous said...

Hi Anon.

It is in fact cession money. Personally, I think they should not be paid at all. This token is more than what they deserve. Even the Philippines does not acknowledge their existence. And if you give them more, it's like agreeing with them that Sabah is theirs and we are just paying them rent money.

Please. Think before you provide your opinion.

Anonymous said...

sedih dengan apa yang berlaku... sama-sama kita doakan yang terbaik...
tai usah lerrr mem-politik kan segala nye... apa kata, jika kita bersama-sama bersatu hati.

Anonymous said...

Keturunan BATU API

Anonymous said...

Yang menaip komen senang jer ckp klau ko kat tempat datuk nenek dlu tah apeplak ler keputusan ko buat.....? Jangan ckp ikut nafsu joy.... "baru pandai menaip ckp mcm ko lah terbijak pandai" ........

Borntolove

Anonymous said...

Freak..

Anonymous said...

Ler..... dulu kan diorang tinggal je... maknanya takada apa kepentingan. Nasib baik pun nak bagi. Kalau tak bagi lagi kesian. Ni bila dah di majukan baru nak claim. No way man.

cyril joseph said...

1. Kerajaan Malaysia membayar ~RM5300/~$1800 setahun dan bukannya $5000.. kesilapan maklumat kecil tetapi disebbabkan ini adalah maklumat sejarah maka segala butir haruslah tepat.

2. Sulu tidak perna mempunyai hak terhadap Sabah kerana Sulu hanya mentadbir kawasan utara dan timur Sabah pada suatu ketika dahulu (Kawasan cukai selepas kawasan tersebut dilepaskan oleh Brunei). Kawasan lain adalah milik persendirian dan jga Brunei.

Anonymous said...

AnonymousMarch 3, 2013 at 3:23 AM

US5000????
patutlaa dorg x puas ati ..
subhanallah ..
langsung xda timbang rasa ..
dulu time krisis air dgn Singapore .. Kerajaan pun seboleh-boleh minta harga air dinaikkan.
Cuba laa kerajaan pikir dari sudut pandangan penerima cession money tu .. 5000 setahun ????

mu ni bodo kuasa 24juta X............doh dulu puak sulu terima buat apa?????
bodo bin bangsat la...........kg, wilayah tergadai sbb ado org bodo spt dia ni la.....
baru nok sedar.....hahahahahhhhh
tuhan bg otak suruh mikir....bukan pikir guno kpala lutut....mmg DASAR BATU API...

Anonymous said...

I think calling people stupid is the very reflection of you being stupid, pandai2 jawab and buat analisa sendiri, then you should have reserved your opinion to yourself. Pertama sekali saya ni orang Sabah, anak jati Sabah. Perkara kami lagi tau pembikinan filem mega ''The Seige of Lahad Datu''.
These people came to our shore by who's invitation??, they tresspass into 3 jurisdiction, Military (ops' pasir), Apmm(Maritime), then police, the militants came to our shore with guns, itu cara diplomacy kah? Orang bawa senapang kita salam dan bagi minum kopi lagi kah? Militants againts police?? Ini drama gerak khas kah? Why you can shoot pirates in Malaysian water's why can't you enforce with the same?? Just so they can come again with bigger guns and more in numbers and given more hospitality and good shelter.

We don't wear this uniform for nothing. Baik ko datang sini.
And for your info, the incident's in the 90's tu bkan di Semporna, tapi di Lahad datu. 1985. 26 orang militan, 11 org awam terkorban.
One thing you are right, if it is up to the military from the start, they will only be warning shots.
Because any insurgents or threat to the sovereignty of our land is equal to a threat to Yg dipertuan Agong and that equals to death.

Kelate Jati said...

well said bro..

Kelate Jati said...

Alhamdulillah.. A well researched and well written article from a sincere citizen of Malaysia.. This article is definitely a "must-read" article to all citizens of Malaysia yang cintakan Agama, Bangsa & Negara.. InsyaAllah..

Kelate Jati said...

Alhamdulillah.. A well researched and well written from a sincere citizen of Malaysia.. Definitely a MUST-READ article for all Malaysian citizens yang cintakan Agama, Bangsa & Negara.. InsyaAllah..

insp83 said...

Baru paham...

Anonymous said...

Betul tu bro. Diorang ingat DSAI tu power sangat ke sampai boleh kontrol border. Sebenarnya ramai pemimpin BN sabah ada hubungan kekeluargaan dgn mereka. Sekarang masing2 yang ada otak boleh fikir sendiri siapa dalang. DSAI penang mari atau musa aman sulu mari

Anonymous said...

Everyone still sleeping after over one week, 100++ people with heavy weapons intrudes our country, yet no action been taken so far??? OR it just another political gimmick from BN?

I am pretty sure that malaysian goverment (BN) will give everyone of them malaysian citizenship at the end of this drama...best action movie for 2013...

Rencana yang sunggoh istimewa, ringkas dan padat

Anonymous said...

what a good article..thumbs up

Anonymous said...

thanks for sharing bro.

cicaktokek said...

Saya bersetuju dengan anon 1.33 yang mengatakan bahawa ramai rakyat malaysia tak faham keadaan. Ingat bhw daerah Lahad Datu sepanjang 150 km dan selebar 60 km. Lebih besar dari negeri selangor. Kepadatan penduduk yang rendah memudahkan orang luar membuat penempatan haram tanpa disedari oleh mana-mana pihak waimma penduduk tempatan sendiri kerana keadaan mukabumi yang sedemikian. Pantai yang panjang juga menyukarkan pemerhatian oleh pihak berkuasa. Semasa saya bertugas di Lahad Datu, Memang banyak pendatang di sana dan ianya menjadi satu fenomena yang sangat sukar dibentaras kerana terdapat juga warga negara yang tidak mempunyai IC kerana kealpaan mereka untuk mendaftar semasa melahirkan anak ditambah dengan masalah logistik. Bayangkanlah dulu saya terpaksa berkereta sejauh 120 km hanya untuk membeli barangan di pasaraya dan membuat urusan perbankan. Warga Malaysia di LD merupakan mereka yang peramah, suka membantu sedangkan pendatang asing selalu membuat onar dan melakukan jenayah. Jadi situasi pencerobohan yang baru berlaku merupakan sesuatu yang amat malang bagi penduduk LD. Saya berharap agar ianya akan selesai segera bagi membolehkan penduduk LD menjalanka urusan seharian dengan tenang. Walaupun saya sudah berada di semenanjung, tetapi rasanya masih rindu dengan suasana di LD seperti perjalanan memandu yang berbagai pandangan, pasaraya milimewanya, pasar ikannya, kedai mek nab dan orang yang tinggal dalam perahu tu apakah namaanya dah lupa pulak. Good luck orang LD. Sehati sejiwa menentang penceroboh dengan memberi maklumat kpd pasukan keselamatan kita. Ex LD

Anonymous said...

mmg batu api (semua org pkr) mmg BATU API!!!!

Anonymous said...

anon 8:48

best action movie for 2013???

anwar is watching.... gudluck for ur asshole!!

Anonymous said...

Puak pembangkang ni lebih suka mengiakan khabar angin/jangan-jangan/mungkin dari memahami sejarah dan fakta. Even kalau ada bukti yg concrete pun mereka akab cuba utk cari jalan spin sejarah dan fakta. Tujuan nya utk mendapatkan kepercayaan org-org yg malas membaca dn mengkaji sejarah dn fakta. Itu yg berlaku pada hari ini. Ramai org tua dn muda diluar sana hanya pandai bercakap tp hakikatnya zero knowledge berkenaan yg diorg ckpkan. Hanya mendengar khabar angin dan berita yg telah dispinkan oleh puak diorang jugak. Sbb tu bila kebenaran dh terbukti pun diorang xnak terima. Ini dinamakna BODOH SOMBONG ATAU PANDAI XBOLEH DIAJAR BODOR XBOLEH DITEGUR. Sekian terima kasih.

Anonymous said...

Anwar ni nak sgt jadi perdana menteri. Dia sangup gadaikan negara to org2 pakatan masih buta.. Ko sendiri x kenal anwar yg nak sokong apa hal. Sokong la pas ke lagu bagus dari sokong penjahanam negara

izzlud said...

hebat betul artikel ni. hebat