.

#GE13 Panasss... Pemimpin PAS Dedahkan Segala Pekung Husam Musa, Anwar Ibrahim & DAP!! #Husam4Putrajaya??

Ini pendedahan yg dibuat oleh ahli (pemimpin) PAS sendiri. Pada asalnya gua sendiri hormati PAS, sebagai pembangkang yg baik (dari sudut agama) sebelum bersetongkol dengan parti maharasis DAP, dan terbelah dua dengan satunya menjadi 'penyembah' kepada Anwar Ibrahim dengan gelaran team 'Erdogan' yang mana Husam Musa adalah kaptennya.

Husam Musa dibenci oleh pimpinan PAS lain di Kelantan, mungkin itu sebab utama yang membawa kepada keputusan bertanding di Putrajaya. Mahukah penduduk Putrajaya menerima calon REJECTED dari bumi kelahiran sendiri? Mahukah seseorang yang dirisaukan akan membentuk legasi gila dalam PAS, membentuk satu legasi gila di PUTRAJAYA???

Ikuti pendedahan di bawah, oleh ahli PAS sendiri yang menelanjangkan semua kemunafikan Husam Musa... -RR


dato husam musa putrajaya p125 ceramah pas

[Artikel ini ditulis tahun 2008, selepas PRU12]

Dalam seribu pimpinan utama PAS, saya salah seorang daripadanya. Saya tulis bukan suka-suka atau suka pada blog ini. Saya bukan berani, maka saya tumpang blog jenis ini. Saya hanya ada maklumat, tapi saya tak mampu berbuat apa-apa sebab saya takut saya dituduh jahat. Ambil maklumat saya dan simpan sebagai maklumat yang pembaca akan memahaminya nanti. Tak perlu percaya lagi, sebab saudara kena berusaha sendiri cari bukti. Saya tunjukkan jalan..

Saya cinta ISLAM dan saya cinta PAS...

1. Husam banyak masalah di Kelantan. Walaupun dia disukai ramai bawahan kerana kebolehannya, dia tidak disukai pimpinan PAS Kelantan. Dia jenis tak jaga adab jamaah dan parti. Orang PAS mesti tahu bahwa jaga jamaah terlalu penting demi perpaduan.

TMB Kelantan yang wara tu tak suka sangat2 pada Husam. begitu Nik Amar, Takiyudin, Mohamad Iraqi, Nasrudin Daud, Dato Halim, Dato Omar dan lain2. Pembaca boleh kata mereka dengki, tapi cuba fikirlah, takkan semua dengki pada Husam. Takkan Ketua Ulama Pusat pun ada dengki. Mudah, tanya mereka sendiri lah.. Nik Abduh dikenal anti-Husam di sana.

Hanya TGNA yang masih sayang Husam. Sebabnya, tak ada siapa nak sebut buruk Husam padanya. Kalau ada pun, TGNA payah percaya sebab Husam banyak bantu beliau smpai tak nampak buruk lakunya dalam PAS Kelantan.

Husam selepas PRU12 tidak lagi berkuasa besar sebab barisan calon dan exco baru bukan caturannya. Ramai tahu dan ketawa saja dgn kerenah Husam. TGNA tak ambil pandangannya. Dia kecewa perancangan politikya gagal besar. Keinginannya menjadi MB nampak semakin sukar.

2. Kini Husam buat masalah di Pusat pula lepas tunjuk perangai di Kelantan sana. Isu sama. Dia bukan jenis jaga adab jamaah. Dia boleh tinggal TGHH dan buat apa dia suka macam dia tinggal TMB Kelantan dan campur urusan exco2 lain.

Husam hanya sayang TGNA. Tak percaya tanya dialah. Tapi, dia cukup panas pada TGNA bila TGNA tak ambil pilihannya dalam dan lepas pilihanraya dulu. Biasalah, sayang duniawi lebih berbanding akhirat.

Antara kelebihan Husam ialah dia lantik dirinya jadi Bendahari PAS Kelantan tak rasmi. Dato Anuar Tan kata PAS Kelantan tak ada duit banyak. Tapi semua orang tahu Husam banyak duit berjuta juta. Ini salah dalam jamaah Islam. TGNA tak ambil tahu perihal wang. Husam guna kekurangan ini untuk jadi raja duit.  Ingat, semua tahu dia jaga Hatta Ramli, Bendahari Pusat, sebab itu Hatta terikut ikut budaya Husam. Sayang ya, dr pun kena kalah pada Husam kerana duit..

3. Krisis sekarang adalah kerana TGHH tak macam TGNA yang tak nampak bahaya Husam. TGHH nampak kelibat Husam yang dah buat buruk di PAS Pusat. Husam gagal tipu dan perguna TGHH. mungkin TGHH dah ada maklumat tentang Husam yang buat perangai di Kelantan.

Husam tak hormat ulama. Dia terlalu perasan lebih tahu politik, bahkan hukum siasah syariyah.

4. Krisis hari ini berkait muqabalah bukanlah baru. Ini hanyalah cerita kemuncak kecamuk di Pusat. Betul, TGHH tidak dihormati oleh Husam & puaknya lagi. Semua ni bawaan budaya Husam di Kelantan. Syed Azman pun dah jadi tolol tak hormt pada TGHH lagi. Hatta, Mahfuz dan Khalid Samad dah mula terikut2 budaya karut ini. Dr Zul orang cerdik JIM pun nampak tunjuk muka hero juga. Jangan Mujahid dan Saari Sungib buat perangai mereka nih. Kenalilah Husam pada pandangan ulama. Ulama bila ramai, mereka jarang silap tekaan.

Alhamdulillah, TGHH faham dan tak percaya Husam dan idea2 gilanya untuk tentukan masa depan PAS. Husam cucuk TGNA dengan idea runtuhkan BN cara DSAI. TGHH lebih faham demi Islam bahawa Anwar perlu dikawal. Tidakkah semua setuju Anwar itu politikal animal? Salahkah TGHH letak syarat demi Islam lebih terjamin?

Perhatikan solan saya dengan betul;

1. Bila TGNA jarang ke Pusat kerana faktor kesihatan, bolehkah dia dapat gambaran sebenar lebih baik dari TGHH yang sentiasa pengerusi mesyuarat Pusat?

2. Salahkah tanggapan bahawa Husamlah yang cucuk TGNA dengan maklumat bohong dan palsu. Satu, orang Kelantan percaya begitu. Dua, TGNA dah tunjuk benci pada org yang dibenci Husam. Hari ini, Dato Pa kena hentam teruk. Semua terkejut. Semua terkejut. Semua terkejut ia datang dari mulut Tok Guru (jika benar Anuar Bakri ambil dari lidah Tok Guru dan salinnya dalan tulisan biasnya itu. Anuar mmg dikenali org kuat Husam). Bolehkah anda bayangkan TGNA macam anggap Dato Pa mcm dah kena cucuk UMNO? Inilah mainan Husam dan puaknya yang cuba renggangkan hubungan tgna dengan orang yang antinya. Orang Pusat tahu Dato Pa ni mmg kenal sangat Husam. Dia lama dlm PAS lebih dari TGNA walaupun TGNA lebih tua.  Jasa Dato Pa siapa boleh tolak?

Jgn terkejut, jika TGNA hentam TGHH pula. Hanya keberanian boleh menyedarkan TGNA dari cucukan Husam. Siapa pimpinan PAS yang berani ketuk TGNA sikit agar dia sedar kesilapannya. Siapa tak sayang TGNA. Semua sedih dan jika berterusan, mungkin ramai menangis TGNA dan TGHH bertembung. Yang tak sedih adalah MUNAFIK, setuju? Ingat, perbalahan adalah isu strategi. Biasa saja seorang tok guru, TGHH ke atau TGNA boleh silap caturan... tapi bila TGNA hentam sama sendiri, nampak sangat dia dipukau Husam dengan maklumat tak betul. Kerana strategi, TGNA hentam Dato Pa. Sedihkan?

3. Jika kita mahu DAP faham Islam, tidakkah kita juga kena faham DAP pun mahu kita faham dan ikut cara mereka? Jika kita nampak UMNO itu munafik bahaya, tidakkah kita diajar juga kafir juga bahaya? DAP lebih lantang anti-Islamnya berbanding MCA dulu. Mengapa tiba2 kita mcm yakin DAP tak bahaya?

Salahkah TGHH sebagai presiden minta kita hati2 dlm menentukan strategi PR? Kita mahu Islam dlm kerajaan baru di buka jalan. DAP mahu jalan cara mereka dibuka. DSAI di tengah2. Anda yakin DSAI akan dengar PAS sedang dalam PKR, non muslim selantang DAP mengelilingi DSAI? Anda yakin DSAI tak tipu sdg dia politikal animal? DSAI kan puji Salman Rushdi? Ada dia tarik balik? DSAI kan setuju IFC? Ada dia tarik balik? DSAI lebih baik dari PakLah, ya! Tapi, DSAI lebih sayang Islam dari TGHH, tidak!

4. Mengapa Husam canggah TGHH dlm Harakah yang minta jumlah ahli parlimen Islam mesti majoriti sbgai pengimbang dan pembantu jika DSAI terseleweng dlm kerajaan baru? Yakinkah Husam pada yang tak pasti lagi bahawa ahli UMNO akan lompat secara automatik lepas tubuh kerajaan baru? TGHH minta barang pasti untuk Islam sdg Husam hanya meneka dan meletak Islam dlm sebut harga dan tender terbuka? Siapa lebih menjaga islam? Otak ulama atau otak Husam?

5. Pulau Pinang hari ini adalah Singapura kita dulu. Ia adalah negeri Cina dalam hukum politik. Gerakan, MCA umno tahu tiada lagi harapan untuk ambil alih. Bahkan Gerakan pun tak kisah. Ingat, pelabur cina Taiwan boleh hidupka Penang walaupun diasak pusat. Penang bukan Kelantan yang tiada rakan luar negara.

6. Guan Eng baik. Dia mahu tunjuk adil itu tak mesti dengan Islam. Dia mahu tunjuk bahawa tanpa Islam pun Dia boleh jadi mcm Omar Abdul Aziz. Dia baik dan mahu ahli PAS terima DAP dan cita2 tetap negara sekularnya. Kita bertembung dengan DAP dalam mencacak senario politik baru di Malaysia. Non muslim guna Anwar sesebenarnya. Adakah PAS yakin boleh guna DSAI dengan mudah?

7. Masa muqabalah dulu, Husam kata Timb Presiden, Dato Pa gila kuasa untuk join BN. Tapi semua meleset sebab confirm oleh syura bahawa join BN adalah NO! Muqabalah hanya saluran dakwah. Penuh nas dan hujah. Sekarang Husam n geng jahat negeri sebut jawatan PAS sebagai Menteri itu ini dalam kerajaan PR. Siapa gila kuasa??? Siapa Presiden PAS? TGHH atau Husam? Kan betul, Husam mana ada hormat orang? Mana tahu adab jamaah? Semua di Pusat tahu betapa Husam bincang DSAI tanpa restu TGHH & syura. Dia tunjuk pandai di Pusat macam dia buat di Kelantan sampai meluat habis pimpinan Kelantan? Salahudin jenis betul bentul, Nik Abduh sekali panas sekali sejuk..

Saya mahu sudahkan di sini. pembaca boleh menilai bahawa krisis sedang berlaku. Hanya kefahaman dan kemampuan menghukum akan menyelamatkan PAS. Saya hanya ingin berpesan sebagai seorang muslim. TGNA dan TGHH akan mati tak lama lagi.... yang tinggal tak mati adalah PAS. PAS untuk dipimpin orang macam TGHH atau macam Husam di masa depan? JANGAN TINGGALKAN LEGASI GILA UNTUK ANAK ANAK DI HARI DEPAN. BERSAMA SELAMATKAN PAS!! [sumber]

BACA LAGI 
TENTANG HUSAM MUSA UNTUK PUTRAJAYA??? 
------------------->>  KLIK!!

dato husam musa putrajaya p125

3 das tembakan!:

Anonymous said...

apa-apa hujah pun dari pihak pas bagi aku ianya cuma ...
berkat doa guru yang agung lagi suci dan mempunyai karamah yang tak terbilang ... maka puak-puak yang batil akan dan pasti berpecah-belah. marilah kita terus bermunanjat dengan keberkatan doa TGNANM semoga dengan keberkatan doa kita dan doa TGNANM maka makin cepatlah puak yang batil itu berpecah-belah dan insyaAllah akan hancur berkecai dilanda tentera ah-zab.

Anonymous said...

Wahai Melayu...celikkanlah mata hati Islam mu, cina walaupun Dap,mca,pkr,gerakan dan sebagainya tetapi mereka masih duduk semeja bergurau bertepuk tampar sambil minum bila perjumpaan persatuan Orang2 Cina....sedangkan kita???? persatuan pun tiada...berpecah belah pula...MasyaAllah...

Anonymous said...

betol ke macam tak betul je.jgn2 nak lagakan. apahal pun caya gak lah kesian tulis panjang2.tip top